Friday, September 9, 2016

🍴 Ekor Goreng Dengan Akar Teratai

السلام عليكم

Waaaaa... sejuknya pagi Jumaat ni. Awal-awal lagi hujan dah turun dengan lebat. Sedapnya kalau boleh sambung tidur semula. Hahahhaha... tapi tu tak mungkin. Sekejap lagi nak bersiap-siap untuk ke tempat kerja pula. Tapi kita kasi up satu resepi dulu yer...

Resepi kali ni aku belajar sendiri sebab tak jumpa kat internet. Dulu masa kat Melbourne, kitorang suka sangat makan ekor goreng ni di sebuah kedai Indonesia, Es Teller. Di sana, diorang panggil menu ni 'Bontot Goreng'. Boleh kata setiap kali ada kesempatan, mesti nak pi pekena bontot goreng ni.

Bila balik Malaysia, memang tak jumpa dah masakan ekor goreng ni. Ekor mesti buat sup!

So, masa enche Neezam konvo kat Melbourne. Kitorang sempat ke Es Teller lagi dan pekena menu lazat ni untuk terakhir kalinya. Puas aku belek segala rencah yang ada dan cuba ingat rasa lazatnya kat lidah ni. Aku nak tiru!

Dan alhamdulillah. First time buat ekor goreng ari tu, menjadi dengan jayanya. Enche Neezam suka sangat! Dah beberapa kali buat resepi ni... memang sedap!

Kebetulan kat rumah ada akar teratai, jadi aku masukkan sekali dalam menu kali ni. Kalau tak der akar teratai pun tak per.

Akar teratai ni banyak khasiatnya, antaranya menjaga tekanan darah dan sebagai sumber vitamin C. Wallahu alam.

Wednesday, September 7, 2016

Lala Goreng Bercili

Dulu masa mengandungkan Niesreena, aku mengidam sangat nak makan lala. Tapi nak yang emak masak. Resepi ni lah... Emak buat memang sedap.

Kebetulan pulak masa mengandung tu, susah pulak nak cari lala. Enche Neezam sanggup bawa aku gi Umbai, Melaka. Semata-mata cari lala, yang dah siap masak. Tapi tetap rasa tak puas sebab tak sesedap emak masak. Hahahaha... mengada kan?

Macam mana emak usahakan jugak cari lala hingga jumpa. Bila dapat lala yang emak masak, baru rasa puas. Alhamdulillah... sayang emak!

Jom cuba resepi lala yang sedap ni.

Monday, September 5, 2016

🍴 Ikan Kembung Kukus Air Asam

Dah beberapa minggu ni ramai betul yang berkongsi resepi ikan kukus air asam ni. Di restoran tempat aku dan kawan-kawan selalu keluar makan tengahari ada jer jual menu ni. Tapi tak terlintas pun nak mencuba. Hmmmm... bila dah viral, tengok gambar yang kawan-kawan kongsi sangat menggiurkan, terus rasa nak buat.

Untuk resepi ni, aku ada olah sedikit mengikut selera aku. Aku tambahkan daun selasih... wangi sangat kuah air asam jadinya... yummilicious!

Saturday, September 3, 2016

Mee Kari Kerang

Hari ni lepas solat subuh terus check-in kat dapur. Nak sediakan sarapan special sikit memandangkan ada keluarga mertua datang ke rumah sejak malam tadi.

Tekak ni pulak tiba-tiba teringin nak makan mee kari. Bila google resepi, tengok nak buat mee kari ni tak der lah susah sangat.

Alhamdulillah... percubaan pertama buat mee kari menjadi dengan jayanya.

Friday, September 2, 2016

🍴 Kerepek Jejari Ketam

Malam tadi lepas siap mengemas dapur, tiba-tiba terasa terlebih rajin pulak nak buat kerepek jejari ketam ni. Kebetulan pagi tadi ada beli jejari ketam ni, tapi bersaiz besar. So, sajer jer lah nak cuba buat resepi ni.

Sedap rupanya. Laju jer anak-anak makan.

Thursday, September 1, 2016

Serawa Durian

Seronoknya musim durian... Lebih-lebih lagi sekarang ni durian tengah berlambak dan harganya dah jadi lebih murah.

Dah puas makan durian, kita buat serawa pulak. Sedapnya kalau dapat makan dengan roti jala atau pulut. Tapi tadi tak sempat nak menjala atau mengukus. Makan serawa dengan roti gardenia jer. Pun sedap!

Wednesday, August 31, 2016

Tuesday, August 30, 2016

Telur Puyuh Masak Tomato

Telur puyuh ni memang kegemaran Niesreena dan Naufal. Aku rasa, bukan anak-anak aku jer, tapi kebanyakkan bebudak memang suka sangat telur kecik ni.

Kalau tengah masak telur puyuh ni, memang kena sorok-sorok. Kalau tak... tak sempat buat lauk dah tinggal separuh diratah bebudak.

Sunday, August 28, 2016

Teh Bunga Kekwa @ Chrysanthemum Tea

Biasanya pada bulan puasa jer senang jumpa air teh bunga kekwa ni. Bila dah habis bulan Ramadhan, dah susah nak jumpa. Paling-paling pun dalam kotak jer. Hmmmm... tak syok... tak der bunga. Hehehehe...

Kebetulan masa pergi beli barang dapur beberapa hari lepas, aku terjumpa pek bunga kekwa kering ni. Apa lagi... terus beli. Mesti enche Neezam suka.

Hmmm... memang betul pun. Habis satu jug malam tu jugak. Licin dengan bunga-bunga dia sekali.

Teh bunga kekwa atau turut dikenali sebagai chrysanthemum ni banyak khasiatnya. Antaranya:-

  1. Membantu melancarkan perjalanan darah
  2. Membantu pencernaan makanan
  3. Membantu mengurangkan sakit kepala
  4. Membantu mengurangkan sesak nafas atau asma dan menguatkan paru-paru
  5. Menyejukkan badan
  6. Membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah
  7. Di dalam teh bunga kekwa @ crysantimun ini juga terdapat kandungan antivirus dan antipirochete (bakteria yang terdapat didalam penyakit siflis dan penyakit lyme) iaitu ciri yang membantu dalam menyembuhkan tekanan darah, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan arteriosklerosis
  8. Membantu mengurangi keradangan hati secara berperingkat
  9. Membantu mengurangkan panas akibat cuaca panas seperti demam, selsema dan sakit tekak
  10. Membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangkan kemerahan, kekeringan dan gatal pada mata jika diamalkan secara konsisten
  11. Amalan meminumnya secara berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda

Sumber dari google

والله أعلم

Jom kita buat!

Saturday, August 27, 2016

Ikan Talapia Masak Sambal

Naufal suka sangat makan ikan talapia goreng sambal ni. Naufal suka bahagian yang garing-garing. Krup krap krup krap Naufal menggatah sehingga ke bahagian sirip ikan.

Ikan talapia ni memang sedap kalau digoreng garing-garing. Tapi bila dah disambalkan, hanya beberapa bahagian jer lah yang garing. Jadinya, kalau nak kekalkan kegaringannya, bila dah nak makan, barulah tuangkan sambal pada ikan.