Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Ais Krim Goreng

Memandangkan hari ni enche Neezam mengofferkan diri untuk masak.

So, aku decided untuk buat desert.

Desert yang sangat senang nak buat.

Anak-anak mesti suka.

Ais Krim Goreng

Bahan-bahan

Roti Gardenia
Ais Krim
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

Potong kepingan roti kepada bentuk bulat.

Aku gunakan gelas plastik besar sahaja.

Letakkan ais krim di bahagian tengah dan letakkan sedikit air di keliling tepi roti. Air ni akan bertindak seperti gam.

Ambil sekeping roti lagi dan lapiskan pada roti yang dah diletakkan ais krim tadi.

Picit bahagian tepi roti kuat-kuat supaya ketika menggoreng lapisan roti tidak akan terbuka.

Boleh simpan roti yang dah siap diisi ais krim di dalam peti ais beku.

Goreng hanya bila korang dah sedia nak makan.

Goreng dengan api sederhana besar. Bila minyak dah betul-betul panas, baru masukkan roti ais krim.

Goreng sekejap jer, lebih kurang 1-2 minit sehingga roti bertukar kekuning-kuningan.

Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: