Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Puding Roti Cantik Menarik

Beberapa hari sebelum ni ada buat Ais Krim Goreng. So, ada banyak lebihan roti daripada keratan untuk buat ais krim tu. Takkanlah nak dibuang pulak kan.

Kalau bukan bulan puasa dulu, bawak roti gi office, breakfast, aku cecah jer roti dengan air milo panas. Habiskan... Bulan puasa ni, tak lalulah makan roti cecah milo memalam.

Google resepi roti, jumpa paling senang, buat puding roti.

Tak pernah buat pun. Ini first time.

Puding Roti

Bahan-bahan:-

Roti Gardenia
Susu cair 1 tin
Susu segar 1 cawan
Gula 1/2 cawan
Telur 3 biji
Esen vanila 1 sudu kecil
Sedikit garam
Kismis / mix fruit

Cara-caranya:-

Sediakan mangkuk yang boleh masuk dalam oven dan sapukan sedikit mentega disekitar permukaannya.
Carik-carik roti menjadi bahagian lebih kecil dan letakkan ke dalam mangkuk.

Taburkan kismis atau mix fruit bersama roti.
Di dalam mangkuk lain, campurkan semua susu cair, susu segar, gula, garam, esen vanila dan telur. Aku masukkan ke dalam blender dan blend sekejap; beberapa saat jer.
Kemudian tuangkan bancuhan tadi ke dalam mangkuk roti.

Pastikan roti betul-betul terendam di dalam bancuhan telur dan susu.
Panaskan oven 180'c.
Di dalam loyang pembakar letakkan sedikit air. Bakar selama 45 minit - 1 jam.

Bila dah nampak atas roti dah kekuningan, bolehlah dikeluarkan dari oven.
Aku tabur chip coklat sedikit di atas puding ketika puding masih panas.
Dan hasilnya...

Cantik tak?
Tak sangka, menjadi pulak buat walaupun kali pertama.
Kalau aku boleh buat, korang pun mesti boleh.

So, nanti korang try pulak resepi ni yer...

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: