Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Batang Keladi Masak Asam

Semalam aku sempat ke pasaraya berdekatan dengan tempat kerja. Hero namanya. Aku memang suka membeli barang kat situ sebab ada banyak sangat pilihan terutamanya sayur-sayuran dan lain-lain bahan basah.

Kebetulan semalam terjumpa batang keladi. Alamak! Sedapnya... Lagipun dah lama tak makan lauk batang keladi. Kalau makan dengan siput masak lemak... uiiissshhh sedapnya. Walaupun ada juga siput dijual di pasaraya tu, tapi aku tak boleh nak beli sebab nak membersihkan dan menyediakan siput akan mengambil masa. Mungkin kalau hujung minggu ok kot. Kalau weekdays, kita masak senang-senang ajerlah... ok...

Batang keladi ni, kalau nak senang, buat masak asam jer. Walaupun senang... tapi memang sedap!

Batang Keladi Masak Asam

Bahan-bahannya:-

Batang keladi 3 batang
Daun kesum 4/5 tangkai
Bawang merah 6 biji
Bawang putih 3 ulas
Cili merah 2 batang
Belacan 1 inci
Ikan bilis segenggam
Asam gelugor 2 keping
Air 500 ml
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Potong dan bersihkan batang keladi tersebut. Asingkan ubi keladi dan batang keladi.
Batang keladi dipotong panjang-panjang lebih kurang 6/7 cm. Buang lapisan luar batang keladi tersebut.
Manakala ubinya dikupas kulit dan dipotong kecil.
Daun kesum dibuang batangnya.

Tumbuk cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
Di dalam periuk, masukkan lebih kurang 500ml air. Biarkan mendidih.
Masukkan semua bahan yang telah ditumbuk tadi.
Masukkan ubi keladi rebus sehingga hampir empuk.
Masukkan batang keladi dan daun kesum.
Tumbuk ikan bilis agak-agak pecah, jangan terlalu lumat. Masukkan ke dalam periuk.

Masukkan asam gelugor/asam keping.

Biarkan mendidih.
Sedia untuk dihidangkan.

Sedap sangat!

Aku ratah macam tu jer. Keladi dia pun sedap!

Suka!

Korang cubalah yer...

#juliescookingwithluv

No comments: