Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Ikan Keli Goreng & Tips bersihkan dan menggoreng ikan keli

Ikan keli ni... kalau goreng garing-garing memang sedap!

Naufal dan Niesreena suka sangat bahagian ranggup-rangup ikan ni. Sampai ke tulang-tulang diorang kunyah.

Kali ni aku nak kongsikan resepi ikan keli goreng dan tips-tips membersihkan ikan keli ni serta menggoreng ikan keli ni kasi garing dan tak meletop-letop ketika menggoreng.

Ikan Keli Goreng

Bahan-bahannya:-

Ikan keli 4 ekor
Serbuk kunyit 1 sudu kecil
Tepung jagung 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk membersihkan ikan keli:-

Asam jawa dan tepung gandum

Cara-caranya:-

Untuk membersihkan ikan, pastikan perut, insang dan darah-darah di bahagian kepala dan perut betul-betul dikeluarkan.
Walaupun basuh dengan air, masih akan terdapat lendir-lendir pada badan ikan.
Ambil segenggam asam jawa dan lumurkan pada ikan-ikan dan biarkan lebih kurang 10 minit.

Lepas 10 minit, bilas ikan tadi dan kemudian lumurkan pula dengan tepung gandum dan sedikit air.
Biarkan juga lebih kurang 10 minit.

Kemudian, bolehlah bilas ikan-ikan tersebut.
Ikan akan bersih tanpa lendir dan bau.
Tadaaaa... nampak? Bersihkan ikan?

Untuk menggoreng, masukkan sebuk kunyit dan garam secukup rasa.
Jangan lupa masukkan juga 1 sudu tepung jagung. Ini penting bagi mengelakkan minyak meletup-letup ketika menggoreng.

Untuk menggoreng, aku prefer gunakan non-stick pan supaya kulit ikan tu tak melekat pada kuali.
Rugi tau kalau melekat sebab kulit ikan keli kalau garing memang sedap!
Pastikan minyak penuh kuali dan panas sebelum masukkan ikan.

Goreng ikan dan balikkan ikan sehingga ikan kelihatan garing.
Bolehlah angkat ikan dan dihidangkan.

Sedap dimakan ketika ikan masih panas.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: