Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

🍴 Soto Ceker Ayam

Awal minggu lepas, husband kata ada kawan nak datang beraya hujung minggu ni. Kawan lama yang sangat dirindukan. Enam tahun tak jumpa sejak balik dari Melbourne dulu. Dah anggap macam saudara sendiri.

So, bila kata nak datang, mestilah nak jamu yang best-best sikit... yang termampu... buatlah soto...

Kebetulan kelmarin kitorang ke Mydin, tengok ada ceker @k@ kaki ayam, jadinya, menu istimewa semalam ialah
Soto Ceker Ayam

Soto Ceker Ayam

Bahan-bahannya:-

Nasi impit jenama Nona 30 bungkus kecil
Ayam seekor
Kaki ayam 500 gm
Bunjut sup tulang Adabi 2 bungkus - sedia ada segala rempah, kulit kayu manis, bunga lawang, etc...
Bawang merah 8-10 biji
Bawang putih 4/5 biji
Halia 2 inci
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Nasi Impit

Rebus ketupat Nona mengikut arahan dibelakang pek ketupat tersebut.
Seelok-eloknya rebus pada malam sebelum untuk dihidangkan supaya keesokkan harinya nasi impit tersebut sejuk dan sedia untuk dimakan.

* * * * *

Kuah Soto

Isi ayam dan kaki ayam dibersihkan. Kaki ayam hendaklah dibuang bahagian kukunya. Kemudian rebus semuanya terlebih dahulu. Aku guna pressure cooker, so, rebus dalam lebih kurang 20 minit.
Keluarkan dan tuskan isi ayam. Air rebusan ayam jangan dibuang. Biarkan di dalam periuk.
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar.
Masukkan juga bahan-bahan dari dalam pek sup bunjut sup tulang adabi.

Goreng sehingga garing, tapi jangan sampai hangus.

Masukkan bahan-bahan yang ditumis ini ke dalam periuk air rebusan ayam tadi dan teruskan memasak.

Masukkan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih dan boleh matikan api.

* * * * *

Bahan-bahan sampingan

(1) Ayam yang telah direbus tadi disiat-siat ke bahagian yang kecil dan panjang.
(2) Daun bawang dan daun sup dipotong halus.
(3) Tauge dibersihkan.
(4) Gorengkan kacang tanah.

(5) Suhun digoreng sehingga kembang.
Untuk goreng suhun, masukkan suhun ke dalam kuali ketika minyak telah betul-betul panas. Suhun akan terus kembang. Kemudian terbalik dan boleh terus angkat.
(6) Bergedil - resepi sini.
(7) Sambal kicap - resepi sini.

Sedia untuk dihidangkan.

Petang tu, tapaukan sedikit soto untuk emak dan abah.

Alhamdulillah... emak abah kata sedap!

#juliescookingwithluv

No comments: