Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Mee Goreng Mama

Semalam adalah hari zumba. So, setiap hari Rabu aku memang balik lambat dari office. Dalam kepala memikir menu yang senang-senang jer untuk makan malam. Enche Neezam kata, goreng mee jer senang.

Sampai di rumah, tengok semua ramuan untuk menggoreng mee sudah tersedia. Enche Neezam dah siap kupas bawang-bawang dan bersihkan sotong dan udang. Cuma tunggu aku bawa balik mee kuning dan sayur-sayurannya saja.

Kerja menggoreng mee jadi bertambah mudah bila dapat paste cili segera dari kawan office yang berniaga sambal cili yang lengkap dengan cili kering, bawang merah dan bawang putih. Senang dan cepat nak memasak. Aku dapat free jer sambal sedap tu sebab katanya sebagai hadiah membantu dia satu hari tu. Alhamdulillah... orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa...

Enche Neezam kata nak tolong gorengkan mee, tapi aku tahu, dia pun penat. So, biarlah aku yang goreng... Mee goreng mama... mama tau... bukan mamak... Hehehehe...

Mee Goreng Mama

Bahan-bahannya:-

Mee kuning 500gm
Cili giling 2 sudu besar
Bawang merah 1 biji - dikisar
Bawang putih 3 biji - dikisar
Udang kering 1 genggam - dikisar
Daun kucai
Toge
Tauhu 2 keping - dipotong kecil-kecil dan digoreng terlebih dahulu
Udang, Sotong, Fish cake
Telur 2 biji
Sos tiram 2 sudu besar
Kicap pekat 2 sudu besar
Gula pasir 1 sudu besar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah dikisar dan cili giling.
Bila bahan-bahan dah pecah minyak, masukkan makan laut, kecuali udang sebab udang masak sekejap jer. Bila sotong dah masak, baru masukkan udang.
Tambahkan sos tiram, kicap pekat, gula dan garam secukup rasa.
Gaul rata.
Masukkan mee kuning yang telah dibersihkan serta telur.
Gaul rata dan masukkan sayur-sayuran.

Sedia untuk dihidangkan.

#juliescookingwithluv

No comments: