Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Roti Bakar Keju Telur Tengah

Hari ni sediakan breakfast special sikit untuk Niesreena dan Naufal sebelum ke sekolah. Biasanya salut jer roti dengan telur dan cheese. Resepi roti bersalut telur dengan keju di sini.

Kali ni aku buat 'egg-in-a-hole' pulak!

Excited bila diorang tengok hidangan yang lain daripada yang lain.
Selain tu, aku juga ada sediakan creamy mushroom soup dan garlic bread kegemaran Niesreena dan Naufal.

Jom kita tengok dulu resepi roti bakar keju telur tengah ni.

Roti Bakar Keju Telur Tengah

Bahan-bahan (untuk 2 hidangan) :-

Roti putih 4 keping
Kepingan keju cheddar 2 keping
Parsley
Serbuk lada putih

Cara-caranya:-

Bakar 2 keping roti. Boleh bakar samada dengan menggunakan pembakar roti atau atas kuali je.

Letakkan kepingan keju di atas roti yang telah dibakar tadi.
Kemudian letakkan sekeping roti putih yang tidak dibakar di atas keju. Sebelum tu, buat lubang pada roti putih terlebih dahulu.

Pecahkan sebiji telur di dalam lubang tersebut.

Taburkan sedikit serbuk lada putih ke atas telur.
Setkan oven pada 150'c dan bakar roti selama 5-10 minit atau sehingga roti bertukar warna.
Bakar sekali bahagian bulatan roti yang telah dipotong tadi.
Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: