Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Sos Cendawan Lada Hitam

Sos cendawan lada hitam kali ni aku sediakan untuk dimakan bersama lamb chop yang aku sediakan semalam. Tak sempat nak update post ni semalam kerana kekangan masa dan tenaga.

Biasanya kalau makan steak, aku akan pilih sos cendawan. Enche Neezam pula akan pilih sos lada hitam. Jadi kali ni, kita buat sos cendawan dan lada hitam supaya adil. Hehehehe...

Sos Cendawan Lada Hitam

Bahan-bahan:-

Cendawan fresh atau cendawan shitake kering 100 gm
Sos lada hitam 3 sudu besar
Bawang merah 2 biji
Bawang putih 2 biji
Kiub ayam 1/2 kiub
Air 300 ml
Tepung jagung 1 sudu besar
Parsley 1 sudu besar
Butter untuk menumis
Gula 1 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Di dalam kuali, panaskan dan cairkan butter.

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang halus.

Kemudian masukkan air.
Kacau sekata dan biarkan sehingga air mendidih.
Masukkan kiub ayam.
Aku suka gunakan cendawan shitake kering sebab cendawannya lebih kuat dan warnannya akan menjadi lebih pekat dan cantik.
Rendam dulu cendawan tersebut dan kemudian kisar sehingga halus.

Jika gunakan cendawan fresh, tak perlu rendam, boleh terus kisar jer.
Masukkan cendawan yang telah dikisar ke dalam kuali.

Masukkan sos lada hitam, gula dan garam secukup rasa.
Kacau sehingga sebati.

Campurkan tepung jagung.

Kacau sehingga kuah pekat.

Akhir sekali, masukkan parsley.

Sedia untuk dihidangkan.

#juliescookingwithluv

No comments: