Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Kerepek Jejari Ketam

Malam tadi lepas siap mengemas dapur, tiba-tiba terasa terlebih rajin pulak nak buat kerepek jejari ketam ni. Kebetulan pagi tadi ada beli jejari ketam ni, tapi bersaiz besar. So, sajer jer lah nak cuba buat resepi ni.

Sedap rupanya. Laju jer anak-anak makan.

Kerepek Jejari Ketam

Bahan-bahan:-
Jejari ketam saiz besar 10-15 batang
Tepung jagung 5 sudu besar
Rempah kari daging 5 sudu besar
Daun kari segenggam
Cili merah 2 batang dihiris halus
Garam secukup rasa

Bahan-bahan:-

Jejari ketam dicarik halus-halus.
Untuk memudahkan kerja mencarik jejari ketam ni, mula-mula jejari ketam ni perlu dipotong 4 bahagian panjang-panjang. Kemudian, barulah carik selapis demi selapis.

Pastikan jejari ketam berada di dalam keadaan kering.
Tambahkan tepung jagung, rempah kari dan garam.

Gaul sekata.

Di dalam kuali, panaskan minyak separa penuh.
Bila minyak panas, masukkan jejari ketam beserta dengan cili yang telah dihiris dan daun kari.

Goreng sehingga jejari ketam betukar warna kuning keemasan dan agak garing.
Angkat dan tuskan minyak.
Bila jejari ketam dan sejuk, jejari tersebut akan rangup.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: