Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Lempeng Tepung Gandum

السلام عليكم

Famili aku memang suka makan lempeng tepung gandum ni. Tak kiralah samada waktu breakfast mahupun dinner. Biasanya kitorang suka makan lempeng ni dengan sardin, kari ataupun sambal tumis.

Jom cuba hidangan ringkas ni.

Lempeng Tepung Gandum

Bahan-bahannya:-

Tepung gandum 500 gm
Air 4 cawan
Minyak masak 3 sudu besar
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Masukkan semua bahan-bahan di dalam blender. Kemudian blend sehingga semuanya sebati.

Senang kan?
Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang bersesuaian.

Sebaik-baiknya gunakan non-stick pan bersaiz kecil untuk memasak bagi mengelakkan lempeng melekat.
Senduk bancuhan tepung tadi dan tuangkan ke atas kuali. Pastikan tepung tak terlalu tebal.

Biarkan seketika sehingga keseluruhan permukaan tepung masak.

Kemudian boleh dialikan ke dalam pinggan untuk dilipat. Lipat kepada empat bahagian.

Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kegemaran korang.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: