Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Nasi Lemak Pandan

السلام عليكم

Biasanya setiap kali hujung minggu aku prefer untuk masak satu menu yang agak istimewa. Bukanlah istimewa sangat... Tapi menu yang boleh tahan dari pagi sampailah ke petang... Kalau boleh sampai malam!

Huhuhu...

So, tak der lah nak fikir pagi nak makan apa, tengahari nak makan apa, malam nak makan apa. Dan tak der lah nak duduk kat dapur jer kan. Kalau dulu, masa tak der baby, bolehlah sediakan menu lain-lain setiap kali waktu makan. Tapi sejak dah ada baby ni... masa untuk kat dapur terhad... masak pun kena laju jer...

Hujung minggu lepas, aku buat Nasi Lemak Pandan.

Wangi dan lemak sangat bau nasi lemak.

Suka!

Buat pun senang jer.

Jom cuba!

Nasi Lemak Pandan

Bahan-bahannya:-

Beras 4 cawan
Santan pekat 3 cawan
Air 1 cawan
Daun pandan 7 helai
Bawang kecil 3 biji
Halia <> 2 cm
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Beras dibersihkan dan direndam lebih kurang setengah jam.
Sementara beras direndam, bolehlah sediakan santan pandan.
Daun pandai 6 helai, dibersihkan, diracik dan dikisar halus dengan 1 cawan air.
Kemudian ditapis.
Masukkan santan dan air pandan di dalam periuk beserta dengan bawang kecil dan halia yang telah dimayang halus.

Masak santan di atas api sederhana besar selama 10 minit.
Pastikan santan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah.
Kemudian masukkan santan pandan yang telah dimasak tu ke dalam beras.

Campurkan garam secukup rasa.
Masak di dalam periuk nasi seperti kita masak nasi biasa.
Sedia untuk dihidangkan.

Hidangkan panas-panas bersama sambal kegemaran korang. Kali ni aku buat sambal sotong kembang. Insya Allah... aku akan kongsikan resepinya di post akan datang.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: