Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Sambal Cili Tumis Segera @ Cili Boh

السلام عليكم

Dulu aku memang malas buat cili boh atau cili giling sendiri. Aku lebih suka beli jer kat kedai yang dah siap tu. Tapi sejak akhir-akhir ni, cili giling yang dah siap dijual kat Mydin jenama 'P' tu tiba-tiba tak sedap pulak. Masam sangat! Kata mak aku, mungkin diorang letak cuka supaya sambal tu tahan lama.

Tapi masam sangat sehinggakan apa yang aku masak sumer jadi terlalu masam. Memang kalau masak sambal tak payah nak letak asam jawa dah sebab memang dah masam dan memang tak tau macam mana nak kurangkan masam dia.

Mak kata "kenapa tak buat sendir? Bukannya susah. Mak tak pernah beli. Buat sendiri jer..."

Huhuhu... sebab anak mak ni malas.

Tapi satu hari tu aku buat sambal ikan bilis... sambal jadi masam sangat. Puas aku letak gula... tambah air... tambah bawang... tapi tak kurang jugak masam dia. Bengang jadinya. Aku terus buang sambal giling jenama 'P' tu dan keluar cari cili kering!

Spent masa dalam 1 jam... terus jadi sambal cili tumis segera ni!

Lagi senang... aku dah siap tambah bawang besar dan bawang putih.

Kalau balik kerja, tinggal tumis jer nak buat sambal. Tak payah susah-susah nak potong bawang bagai. Kalau pagi-pagi, ada nasi lebih, 5 minit boleh terus jadi nasi goreng.

Senang sangat!

So, sekarang ni, setiap kali habis jer sambal ni, aku mesti akan buat.

Lebih senang... lebih sedap... lebih puas hati!

Sambal Cili Tumis Segera

Bahan-bahan:-

Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Garam secukup rasa
Minyak masak 1 cawan

Cara-caranya:-

Rebus cili kering yang telah digunting selama 15-20 minit.

Masukkan cili giling yang telah direbus, bawang merah dan bawang putih di dalam mesin pengisar. Masukkan juga 1 cawan minyak masak.

Kisar sehingga semua bahan betul-betul halus.

Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak.

Tumiskan semua bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Campurkan sedikit garam.

Goreng sehingga pecah minyak.

Bila dah sejuk, simpan di dalam bekas yang sesuai dan simpan di dalam peti ais

Dapatlah satu bekas besar. Haaa... ni dah simpan dalam peti ais. Tu yang berair-air kesejukkan ni.

Lepas ni senang nak masak sambal. Tumis sekejap jer. Bekas besar ni, bolehlah tahan sebulan.

Suka!

juliescookingwithluv

No comments: