Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Sup Ayam

السلام عليكم

Aku sebelum kahwin memang tak reti masak. Sebab mak aku pandai masak, aku pandai makan jer. Mak masak apa pun sedap! Mak memang tak pernah bagi aku masak sendiri. Mak cuma mintak aku tolong potong-potong atau tumbuk-tumbuk bawang jer.

So, bila memula kahwin dulu, memang baru terhegeh-hegeh nak belajar masak. Huhuhu... Tapi alhamdulillah... sebab selalu bantu mak kat dapur, so tak der lah kekok sangat bila kena masak sendiri.

Antara menu pertama yang aku masak ialah sup ayam. Suplah menu yang paling senang.

Yang paling best sebab bila beli rempah sup Adabi, kat belakang pek tu ada resepi. So, ikut jer lah resepi tu.

Tapi alhamdulillah... sekarang dah expert buat sup. Bak kata orang 'Practice makes perfect'!

Saper yang baru kahwin tu? Jom cuba resepi mudah, simple tapi sedap dan memikat perut suami ni.

Sup Ayam

Bahan-bahan:-

Ayam ½ ekor
Bawang merah kecil 5 biji
Bawang putih 2 ulas
Halia 2 cm
Rempah sup bunjut tulang 1 pek (dah siap herba untuk tumis - bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang)
Ubi kentang 3 biji
Lobak merah 1 biji
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Air 5 cawan
Minyak masak untuk menumis.

Cara-caranya:-

Kisar bawang putih, bawang merah kecil dan halia sehingga halus.
Di dalam kuali, letakkan sedikit minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar beserta dengan bunga cengkis, buah pelaga dan bunga lawang.

Tumis sehingga garing atau naik bau.

Kemudian bolehlah masukkan air, ayam dan sup bunjut.

Biarkan mendidih dan masak selama 20 minit. Kemudian masukkan ubi kentang dan lobak merah.

Bila ubi kentang dah empuk, bolehlah tutup api dan dihidangkan.

Taburkan sedikit hirisan daun sup dan daun bawang beserta dengan bawang goreng ketika dihidang.

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: