Labels

Ais Krim (2) Ayam (15) Bandung (1) Bebola (2) Bergedel (1) Bihun (1) Bihun Goreng (1) Biskut Raya (2) Bolognese (2) Buah-buahan (6) Bubur (3) Burger (1) Carbonara (2) Cekodok (1) Celebration (5) Celup Tepung (1) Cornflakes (1) Couscous (1) Cucur (1) Daging (13) Ekor (2) Ikan (16) Ikan Masin (1) Juadah Istimewa Raya (9) Kambing @ Lamb (1) Kari (3) Kentang (2) Kerabu (1) Ketam (2) Ketupat (2) Kicap (2) Kuetiau (2) Kuih-muih (4) Kupang (1) Kurma (1) Laksa (1) Lala @ kepah (3) Lauk-Pauk (78) Lemang (1) Lempeng (1) Lobak Asin (1) Macaroni (2) Makanan Barat (7) Makanan Jepun (3) Makanan Ringan (10) Masak Lemak (5) Masakan Cina (5) Mee (3) Mi Segera (1) Minuman (3) Nasi (9) Nasi Goreng (5) Nasi Impit (1) Nasi Lemak (1) Noxxa (2) Oden (1) Paru (1) Pasta (5) Pencuci Mulut (9) Pengat (3) Periuk Kera (1) Perut (1) Petai (5) Pisang (3) Popia (1) Puding (3) Pulut (1) Rendang (2) Roti (7) Sambal (16) Sardin (2) Sayur (22) Seafood (26) Shellout (1) Siput (1) Sos (1) Soto (2) Sotong (4) Stim (1) Sup (5) Sushi (2) Taucu (1) Tauhu (1) Telur (9) Telur Asin (3) Telur Itik (2) Telur Padi (1) Telur Puyuh (1) Tempoyak (3) Thai (6) Tips (6) Tomyam (1) Udang (6)

Telur Asin Lobak Asin Goreng

السلام عليكم

Kalau makan bubur nasi tak sah kalau tak der telur masin dan sesetengah orang suka makan jugak dengan lobak asin. Aku suka. Cuma kekadang tu, kalau ada telur asin, ada pulak yang suka makan kuning telur jer. Nanti tinggallah putih telur asin jer yang tinggal. Kuning telur asin semua dah kena 'pungut'. Huhuhu...

So, aku nak perkenalkan menu ni.

Telur asin dan lobak asin yang digoreng bersama. Siap dah dihancurkan semuanya. Senang nak makan dan sedap sangat!

Makan ni jer dengan bubur nasi panas pun dah cukup.

Telur Asin Lobak Asin Goreng

Bahan-bahan:-

Telur masin 2 biji
Lobak hancur masin setengah paket kecil
Bawang merah 4 ulas
Cili hijau 2 biji
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

Rebus telur asin. Kupas kulit dan leyek.

Di dalam kuali panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang dan cili hijau yang telah dihiris halus.

Kemudian campurkan telur asin dan lobak asin.

Gaul semua sehingga sekata.

Siap untuk dihidangkan.

Sedap makan dengan bubur nasi.

Kalau makan dengan nasi panas-panas pun sedap!

Selamat mencuba!

#juliescookingwithluv

No comments: